300 Lagi PPV Akan Dibuka Di Seluruh Negara – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lebih 300 lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dibuka secapat mungkin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini lebih 280 PPV sedang beroperasi di seluruh negara.

“Sebanyak 105 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup sudah pun beroperasi.

“Beberapa PPV mega juga sudah diwujudkan dan jumlah ini akan terus ditambah dalam masa terdekat terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, selari dengan penambahan stok vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengenai perkembangan PICK menerusi Facebook serta disiarkan secara langsung beberapa stesen televisyen.

Perdana Menteri juga meminta rakyat Malaysia tampil ke hadapan sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa.

“Rakyat negara ini diseru agar tampil ke hadapan sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

“Golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara,” katanya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat