Dari Pemain Bola Sepak Profesional kepada peniaga makanan laut secara digital

Sepakan kencang pada satu sesi latihan bola sepak pada malam beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri baru -baru ini memberi kepuasan tersendiri kepada Muhammad Rijal Fikry Yusoff.

Namun, Rijal Fikry, 27, tidak menyangka itu merupakan ‘detik-detik terakhirnya’ selaku pemain bola sepak profesional bersama PDRM FC yang beraksi dalam Liga Perdana. Ini kerana kontraknya ditamatkan oleh skuad The Cops.

“Saya menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka kerana ia merupakan lumrah dalam kerjaya seorang pemain bola sepak profesional,” ujar anak muda berasal dari Sik, Kedah ini.

Bekas pemain bola sepak pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) yang juga pernah mewakili negara di peringkat remaja berkata, selepas ‘bersara’ sebagai pemain bola sepak, dia tidak membuang masa meratapi ‘hilang kerja’ sebaliknya terus mengorak langkah dengan memberi tumpuan kepada perniagaan makanan laut secara dalam talian.

Beroperasi di sebuah tapak kecil di Sungai Kantan, Kajang, di sini, Rijal Fikry mula berjinak -jinak dalam dunia perniagaan sejak beberapa bulan lalu namun tidak dapat memberi tumpuan penuh disebabkan terikat dengan jadual latihan yang padat serta perlu mengikuti trip pasukan ke beberapa negeri untuk perlawanan bola sepak.

Rijal Fikry bersama bekas seorang lagi pemain Harimau Muda, Asri Mardzuki, membangunkan perniagaan menggunakan jenama Hero Seafood. Hero Seafood menawarkan perkhidmatan penghantaran ikan segar ke kawasan berhampiran termasuk Bangi, Ampang, Kajang, Cheras, Puchong, Seri Kembangan dan Putrajaya.

“Selepas tiga hari beroperasi, Hero Seafood berjaya menjual hampir 1,000 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan, 500 kg udang, sotong dan ketam selain turut menjual lebih 300 ekor ayam kepada pelanggan. Bagi melancarkan operasi, kami telah mengupah lima orang pekerja,” katanya.

Ditanya mengenai rahsia perniagaannya mendapat sambutan memberangsangkan dalam tempoh singkat, dia yang juga pemegang Ijazah Sarjana, Sains Sukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, perniagaannya menggunakan kaedah pemasaran digital.

“Pelanggan melayari laman sosial Hero Seafood dan membuat tempahan dan pembayaran. Pesanan akan dihantar kepada mereka dalam tempoh kurang dua jam bagi memastikan kesegaran makanan laut yang ditempah.

Pada awalnya saya juga tidak begitu mahir. Di atas saranan seorang rakan, saya melayari laman web Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mempelajari tips pemasaran digital menerusi Go E-Commerce),”katanya.

“Saya turut melayari saluran Youtube MDEC untuk melihat success story peniaga – peniaga lain yang mendapat bimbangan MDEC untuk adaptasi pendigitalan berjaya melonjakkan perniagaan masing -masing,” katanya.

Katanya, pada masa sama, dia bersyukur kerana dapat membantu individu mendapat pekerjaan lebih – lebih lagi dalam suasana tidak menentu ketika pandemik COVID-19 terus ‘menyerang’ negara ini.

Ditanya mengenai perancangan perniagaan, Rijal Fikry memberitahu, Hero Seafood sedang dalam proses untuk menggunakan aplikasi YEZZA untuk menjual produk dan memudahkan perniagaan.

Beberapa hari lalu, ujarnya syarikat j telah melancarkan laman web iaitu https://heroseafood.my yang menawarkan beberapa pakej jualan makanan laut mengikut pilihan pelanggan.

“Saya juga telah mendaftar untuk menyertai program 100 Go Digital anjuran MDEC bagi mendigitalkan perniagaan dan mengatasi gangguan yang wujud akibat situasi semasa,” katanya.

Berhubung dunia bola sepak yang diceburinya sejak di bangku sekolah rendah, Rijal Fikry yang pernah mewakili skuad Piala Presiden Kedah berkata, dia tidak ‘menggantung but’ secara total kerana masih berminat lagi untuk bermain.

“Saya masih menjaga kecergasan dengan membuat latihan larian pada setiap hari namun biarlah masa yang menentukannya. Selepas perniagaan stabil, saya turut menimbangkan untuk menyambung pengajian peringkat kedoktoran dalam bidang sains sukan kerana mendapat tawaran dari sebuah universiti tempatan,” katanya mengakhiri perbualan bersama wakil MDEC baru – baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digital MDEC, Aiza Azreen Ahmad berkata, agensi berkenaan sentiasa menggalakan usahawan tempatan bergerak ke arah pendigitalan supaya terus berdaya saing, lestari dan mampu bertahan dan berkembang ketika pandemik global.

“MDEC telah melancarkan program 100 Go Digital Coaching yang menggabungkan pelbagai komponen secara hands-on dalam memimpin peserta untuk memastikan mereka mencapai prestasi baik dalam perniagaan. Kisah usahawan seperti Rijal Fikry ini yang menggunakan pendekatan digital dalam perniagaannya telah menunjukkan hasil dalam tempoh singkat. Ia selaras dengan matlamat MDEC yang memberi tumpuan terhadap empat teras DIGITAL iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. Menarik menyaksikan bagaimana usahawan seperti kisah Hero Seafood ini menguruskan teras Pengganggu (Disruptors) berdasarkan kemahiran digital untuk memacu perniagaan,” katanya.

Pada masa hadapan, MDEC menerusi kepelbagai inisiatif mahu membimbing lebih banyak perniagaan tempatan mengembangkan operasi berteraskan teknologi terkini. Usaha ini selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang bertujuan untuk menyokong kira -kira 875 000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro ke platform digital menjelang 2025.

Mengenai 100 Go Digital, inisiatif ini menyasarkan untuk menyokong sektor perniagaan runcit, syarikat makanan dan minuman (F&B) logistik dan perkhidmatan profesional. Para jurulatih yang terlibat dengan program ini pula mempunyai rekod prestasi cemerlang dari lapan syarikat yang kukuh iaitu AutoCount, Deepsky, Estream Software, iBizzCloud, Innergia Labs, Locus-T, Million Software dan Smart-Acc Solutions. Senarai ini merupakan kumpulan pelatih digital pertama dengan lebih banyak para jurulatih yang akan ditambahkan pada masa terdekat.

Selain dari sesi latihan, syarikat-syarikat ini juga akan menyediakan bahan latihan dalam talian dan pasukan sokongan program yang berdedikasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar ke 100 Go Digital Coaching, sila kunjungi: https://mdec.my/100godigital .

Suara.tv

 

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Grab Kemuka Laporan ESG Pertama, Tetapkan Inisiatif Kurangkan Jejak Karbon

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan E-hailing Grab telah mengeluarkan Laporan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) tahunan pertamanya yang menggariskan kemajuan syarikat itu dalam...

M40 Tergelincir: Penentuan Nilai Ambang Perlu Diperluas – Pakar Ekonomi

UALA LUMPUR: Nilai ambang bagi memberi gambaran mengenai kedudukan golongan berpendapatan pertengahan (M40) perlu diperluas bagi menilai lebih tepat impak pandemik COVID-19 ke atas...

MOTAC Laksana Beberapa Inisiatif Bantu Industri Pelancongan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi penggiat industri pelancongan yang berdepan cabaran besar...