Satu Lagi Ujian Klinikal Vaksin Covid-19 Diluluskan Oleh NPRA – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu lagi kajian klinikal membabitkan vaksin COVID-19 diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian klinikal itu membabitkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL yang dikilangkan oleh Shenzhen Kangtai Biological Products Co, Ltd di China.

“Terdapat tambahan satu kajian klinikal membabitkan vaksin COVID-19 diluluskan NPRA pada 28 Mei lalu.

“Kajian Klinikal Fasa 3 ini akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran 3,000 peserta dewasa berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, selain Malaysia, kajian klinikal itu disertai Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine.

“Vaksin terbabit juga sudah diluluskan oleh China melalui kelulusan penggunaan kecemasan pada 14 Mei lalu,” katanya.

Kata kenyataan itu, kajian klinikal vaksin COVID-19 dijalankan di Malaysia dapat memberikan maklumat klinikal berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia.

Katanya, ia kelebihan diperlukan kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat