Pintu sempadan Padang Besar akan dibuka esok

- Advertisement -

KANGAR: Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lepas, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat