KUALA LUMPUR – Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) merekodkan nilai rampasan sebanyak RM350.06 juta menerusi 333 kes dan 408 tangkalan bagi tempoh April hingga September tahun ini.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, pencapaian berkenaan mencerminkan komitmen dan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyeludupan, perdagangan haram serta jenayah yang mengancam khazanah alam dan sumber negara.
“Oleh, satu Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah diadakan bermula 12 hingga 14 Oktober ini di Langkawi menjadi platform memperkukuh penyelerasan operasi dan kerjasama antara agensi yang terlibat,” menurut hantaran itu.
PERHILITAN berkata operasi yang dilancarkan pada 3 September 2019, OBK melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dan PERHILITAN mempergiat usaha penguatkuasaan demi melindungi khazanah alam serta memastikan kelestarian biodiversiti negara.


