Semua ahli Parlimen PH Sokong Penuh RUU Anti Lompat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).

Pakatan Harapan dalam kenyataan pada Selasa menyatakan komitmen penuh untuk meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti).

“Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.

“Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen,” kata Majlis Presiden PH.

Selain itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing.

Kata beliau isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat