Saharul teruja penuhi impian berpuasa di Makkah

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan keterujaan dan rasa bersyukur apabila berjaya menunaikan impiannya untuk menjalani ibadah berpuasa di Tanah Suci bersama isterinya, Deena Emir.

Kongsi Saharul, mengikut perancangan asal, dia sebenarnya teringin untuk mengerjakan ibadah haji.

Namun, harapannya itu mungkin belum kesampaian memandangkan gilirannya masih jauh ke depan.

“Bulan puasa ini, saya sambut kedatangan Ramadan di Makkah dan Madinah. Saya dan isteri berangkat pada 2 April dan kami berjumpa dengan abang Faizal Ismail di sana. Saya dan isteri akan berada di sana sekitar dua minggu sahaja.

“Pada asalnya, saya mahu kerjakan ibadah haji bersama isteri. Tetapi giliran mengerjakan haji pula jatuh pada tahun 2062.

“Jadi, saya pasang niat nak buat umrah pada bulan puasa kerana ustaz saya pernah berkata yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ganjarannya seperti mengerjakan umrah dengan baginda Rasulullah.

“Alhamdulillah niat saya dimakbulkan dan semoga saya mendapat umrah yang mabrur dan ganjaran pahala seperti yang dikhabarkan insya-Allah,” katanya.

Berkongsi keterujaan dengan video dan paparan yang dimuat naik, Saharul turut mendapat pengalaman berpuasa dengan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia yang turut mengerjakan ibadah umrah di sana.

Menariknya, kepergiannya ke Makkah bersama isteri seiring dengan kedatangan bulan Ramadan yang baru sahaja disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama Deena pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

Dalam perkembangan lain, sekembalinya Saharul ke ibu kota, dia akan terus aktif berniaga sebelum menjelangnya hari raya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat