Sama-sama pilih Evie Khadeeja

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Harris Alif dan Intan Ladyana sengaja memilih tarikh 1 Ramadan untuk mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Evie Khadeeja kepada peminat dan orang ramai kerana ia adalah bulan yang mulia.

Harris berkata, dia bersama Intan sudah lama berbincang untuk tidak terlalu terburu-buru berkongsi gambar dan nama anak kepada umum.

“Kami nak fokus kepada anak 100 peratus terlebih dulu. Kami nak lihat Khadeeja membesar dengan baik dan apabila tiba waktu yang tepat barulah kami kongsikan.

“Kami sedar ramai yang menantikan berita ini. Kami juga tidak merahsiakan berita kelahiran Khadeeja, cuma untuk gambar dan nama kami ambil masa sikit untuk kongsikan.

“Alhamdulillah, kelmarin yang juga 1 Ramadan, kami nekad untuk kongis foto dan namanya. Lagipun pada bulan yang mulia ini, kami fikir apa salahnya kami beritahu kepada semua,” katanya ketika ditemui secara maya bagi mempromosikan proram Jalan Jalan Ramadan yang disiarkan di TV3.

Menurut Harris, pemilihan nama Evie Khadeeja dibuat secara bersama dan adil apabila masing-masing diberi ruang untuk membuat pemilihan.

“Nama Evie dipilih sendiri oleh Intan memandangkan dia sudah lama menyukai nama itu, manakala Khadeeja saya ambil bersempena dengan nama isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah.

“Cuma ejaan Khadeeja itu saya ubah sedikit mengikut selera saya. Tapi maksud sebenar masih sama kerana ia adalah nama yang mulia untuk kita gunakan,” katanya.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu. Intan kemudiannya selamat melahirkan Khadeeja pada 31 Januari lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat