Mat Hasan: Segera Sesuaikan Diri Dengan “The New Normal”

Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah. Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional...

PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

KOTA KINABALU - Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan. Bagaimanapun dua lagi...

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar negara ini segera menyesuaikan diri dengan cara urus tadbir yang di luar dari kebiasaan.

Ia berikutan krisis Covid-19 yang dialami seluruh dunia ini, bukan setakat memberikan kesan langsung terhadap ekonomi malah terhadap beberapa aspek lain seperti pergolakan, ketidakstabilan dan peningktan konflik.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung UN, Antonio Guterres yang terbaru, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang mesra dengan panggilan Mat Hasan itu berkata, krisis COVID-19 yang kita hadapi waktu ini adalah krisis paling parah dan mencabar semenjak Perang Dunia Kedua.

Justeru, beliau mengesyorkan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh negara ini:

1 – “Pertama, Malaysia mesti bersedia untuk melakukan ‘a total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya. Memetik Prof Jomo, kita tidak lagi boleh kembali ke ‘status quo’.

“Sebelum ini, orientasi ekonomi kita tujahannya ialah kebolehsaingan dan pendapatan tinggi. Sekarang keutamaan kita ialah membangun ketahanan ekonomi (economic resilience).

“Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional dan sektor pertumbuhan ‘crisis proof’ untuk kelangsungan ekonomi kita.

“Jika sebelum ini, rencana ekonomi kita ialah merangsang pertumbuhan. Sekarang, kita mesti kembali kepada pemulihan dan ketahanan yang lestari. Semua ini memerlukan inovasi, pemikiran luar kelaziman, dan pendekatan ekonomi yang luar biasa.

2 – “Kedua, Malaysia mesti memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian Kerajaan. Beralih kepada Kerajaan Digital secara total bukan lagi pilihan. Tidak lagi boleh kita membiarkan sistem penyampaian kita lumpuh ketika berhadapan dengan krisis.

“Contoh yang paling nyata ialah apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana kita tidak boleh beranjak ke ‘online mode’ dengan pantas dan segera. Akhirnya banyak sekali masa pembelajaran yang terbuang dan gagal dimanfaatkan.

3 – “Ketiga, kita mesti secara serius membangunkan kefahaman dan kesiapsagaan kita menghadapi ancaman bukan tradisional terhadap keselamatan negara. Pandemik, serangan siber, bencana alam, dan pelbagai lagi krisis yang mengancam kemanusiaan adalah ancaman nyata.

“Malah Malaysia akan lebih terdedah kepada semua ancaman bukan tradisional ini, berbanding dengan peperangan atau ‘interstate conflict’. Namun, terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada sektor pertahanan dan keselamatan tradisional sehingga pelaburan dalam kesediaan menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional diabaikan.

“Kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘ad hoc’. Kesiapsiagaan kita mesti mendahului masa. Pusat kebangsaan serupa ‘Centre for Disease Control and Prevention’ di USA sudah menjadi satu keperluan nasional dan mesti diutamakan.

4 – “Keempat, menghadapi krisis masa hadapan memerlukan kerjasama erat antarabangsa. COVID-19 mengajar kita betapa ia hanya boleh dibanteras melalui kerjasama erat antarabangsa. Justeru kita mesti mempergiatkan keterlihatan Malaysia dalam segala segi agar kita mempunyai ‘network’ yang produktif dan boleh dimanfaatkan sewaktu krisis.

5 – “Akhir sekali, di sebalik segala keterbatasan kita yang fana ini, daya usaha manusia sangat luar biasa apabila berhadapan dengan pancaroba luar biasa.

“Ia tidak pernah dikalahkan oleh malapetaka yang paling dahsyat sekalipun. Malah kerap sekali terjelma keperkayaan semangat yang luar biasa.

“Keperkasaan semangat untuk bangkit, merawat, melawan, membina, dan membangun semula segala yang terjejas, hilang, punah, dan binasa.

“Justeru, Malaysia mesti kembali yakin kepada setiap warganya dan menggelorakan keperkasaan jiwa dan raga mereka untuk menjayakan Malaysia pasca pandemik ini. Insyallah, dengan ikhtiar dan keperkasaan semangat seluruh bangsa Malaysia, akan timbul fajar baru dan berlalulah segala gelap dan gelita.” – SuaraTV

1 COMMENT

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah. Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional...

PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

KOTA KINABALU - Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan. Bagaimanapun dua lagi...

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...