Shahidan cadang Mat Hasan ganti Bagan Datuk gamatkan Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat semalam gamat seketika apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) tidak semena-mena menyebut Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rembau) bakal menjadi ‘pengganti’ di Parlimen Bagan Datuk.

Tanpa menjelaskan maksud sebenar, Shahidan bagaimanapun berkata, ia hanya gurauan semata-mata.

“Rembau, kami akan sokong… Mohamad pun bakal nak ganti Bagan Datuk kan? (Jadi) kami sokong kalau sekiranya dilibat uruskan,” katanya ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mohamad kemudiannya bingkas bangun meminta agar namanya ditarik balik.

Shahidan secara berseloroh meminta agar Mohamad tidak menegur perbuatannya.

“Jangan tegur, kalau Yang Berhormat tegur, saya akan lagi mengganas. Diam saja, senyum saja…Abang Mat kalau tak nak (jadi) bakal (untuk Parlimen Bagan Datuk), kita beri orang lain, Johari pun boleh…tak ada masalah,” tambahnya.

Suasana bertambah gamat apabila Shahidan memohon maaf kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk).

“Bagan Datuk, maaf mereka cuma buat provokasi…saya bukan berniat…tak ada apa…bergurau-gurau tak bolehkah?

“Mentang-mentang saya keluar Umno takkan tak boleh bergurau sikit? Saya pun manusia juga,” katanya sambil disambut dengan ketawa ahli Parlimen lain, lapor Sinar Harian.

Sebelum itu, beliau membangkitkan rasa tidak puas hati dan menyentuh ketidakadilan dalam RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 khususnya berkait keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Ia susulan kerajaan bersetuju untuk melantik dua ahli Dewan Negara dan empat ahli Parlimen termasuk dua wakil daripada pembangkang bagi menganggotai majlis tersebut.

“Kita dapati, kita tak dapat tegak keadilan keanggotaan…hanya melibatkan dua MP (ahli Parlimen) pembangkang.

“Kalau nak pinda, pinda sekarang, masukkan lima orang MP pembangkang dan enam orang kerajaan,” katanya.

Beliau turut menyentuh berhubung peruntukan untuk ahli Parlimen yang masih belum diberikan.

“Kalau mother of all reform, bagi peruntukan pada kami, tak adil kepada orang…tu bukan mother, father pun tidak…mak tiri pun tidak…mother mesti nampak keadilan dan kasih sayang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat