Pemandu beca dakwa pandu lawan arus kerana ikut arahan Google Maps

- Advertisement -

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang pemandu beca berenjin (bajaj) yang memandu secara melawan arus di Jakarta akibat terlalu mengikut aplikasi pemetaan Google Maps, lapor portal berita Okezone.

Kejadian berlaku kelmarin dekat tol Jakarta-Tangerang.

Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu, pihaknya menahan pemandu berkenaan untuk siasatan.

Ujarnya, pemandu tersebut mengaku bahawa dia terlalu khusyuk mengikuti arahan Google Maps sehingga tidak menyedari sebarang papan tanda tepi jalan.

“Alasannya adalah dia mengikuti aplikasi Google Maps sehingga tidak melihat papan tanda jalan sebelum kawasan Tomang,” ujarnya.

Tambah Andy, pihaknya sekadar memberi teguran kepada pemandu berkenaan, dan tiada tindakan diambil terhadapnya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat