Polis siasat laporan Taib Mahmud dibawa keluar dari hospital tanpa kebenaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Sarawak hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung satu hantaran tular membabitkan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata menerusi satu kenyataan memaklumkan kes tersebut sedang disiasat bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis, yang menyebut Tun Abdul Taib telah dibawa keluar dari hospital tanpa nasihat perubatan oleh isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, tengah malam pada 3 Februari.

Laporan itu mendakwa dia dibawa turun dengan kerusi roda oleh ‘butler’ dan pengawal peribadi isterinya dan dibawa masuk ke dalam kenderaan di pintu masuk utama hospital.

Tun Abdul Taib, 87, telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Gabenor Sarawak dari 1 Mac 2014, sehingga 26 Jan tahun ini, apabila Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggantikannya.

Beliau sebelum ini adalah Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak dari 1981 hingga 2014.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat