“DAP kena tegur ahli hina Agong, pengampunan Najib” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) meminta pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP menegur ahli-ahlinya yang didakwa mengeluarkan kenyataan sehingga menghina Yang di-Pertuan Agong, berkait keputusan pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata mereka juga perlu menggesa individu berkenaan supaya menurunkan semua tulisan berkaitan di media sosial serta meminta membuat permohonan maaf.

“Saya minta agar ketua parti menegur ahli-ahli parti yang berkenaan itu, untuk menarik balik, memadam tulisan mereka dan memohon maaf atas keterlanjuran itu.

“Saya harap perkara itu akan dapat meredakan dan menghentikan kekeruhan, jika ada,” katanya lapor BH ketika Majlis Amanat Menteri kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Isnin.

Bagaimanapun, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno menyifatkan, kenyataan dikeluarkan individu berkenaan bukan pendirian rasmi partinya.

“Tetapi kita meneliti pendapat yang dikeluarkan individu tertentu dalam organisasi itu. Dalam Umno pun ada kacang hantu yang begitu.

“Tentunya mana-mana organisasi politik ada yang begitu. Namun selagi ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama atau ketua parti itu, kita tak anggap ia sebagai pendapat rasmi (parti),” katanya.

Beliau berkata, pendapat yang berbagai dikeluarkan pemimpin politik dalam parti kerajaan sendiri, terhadap keputusan pengampunan Najib, tidak memberi kesan atau menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Tidak ada terkesan. Namun sebagai sebuah gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, kita mesti menyantuni perbezaan pendapat. Tetapi kita masih menaruh penuh hormat kepada kepimpinan utama parti, kerana ia akan menjadi pendirian parti itu.

“Pendapat yang berbeza dikeluarkan itu, maka saya tidak boleh halang, juga mana-mana pemimpin sayap dan ahli parti yang membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan individu berkenaan yang tidak mewakili parti berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat