Nora kesal dengan penyebar fitnah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin kesal dengan sikap individu yang terlalu mudah menyebarkan cerita yang tidak pasti kesahihannya.

Dalam hantarannya di Instagram, Nora menyentuh isu mengenai pemandu lori warga emas yang baru-baru ini menjadi mangsa fitnah dan dituduh mabuk.

“Salam takziah buat keluarga pakcik ini. Maaf, saya terpanggil untuk komen kes ini secara umum. Peringatan untuk saya dan kita semua. Semoga kes ini dan lain-lain, sama-sama kita jadikan iktibar. Jangan mudah sebarkan sesuatu yang kita tidak pasti,” tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu lagi, lebih baik berdiam diri daripada menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

“Apapun yang kita andaikan, kita rasa, biarlah kita simpan sahaja. Jangan sebarkan sesuatu yang tidak sahih. Salah atau tidak, itu bukan hak kita untuk menilainya. Cubalah bersangka baik. Sekiranya kita tidak sengaja melakukan kesilapan, segera mohon maaf. Sama kes dengan saya. Selepas bersemuka, akhirnya terjawab segalanya adalah fitnah semata-mata. Alhamdulillah, selesai. Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nora turut memuat naik gambar yang diambil dari videa tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, tular di media sosial video pemandu lori treler yang melanggar beberapa kenderaan di tepi jalan dan pemilik video itu membuat tuduhan mengatakan pemandu yang dalam keadaan separuh sedar itu sedang mabuk.

Netizen kemudiannya membuat tuduhan dengan mengatakan pemandu lori treler itu mengambil barang terlarang.

Bagaimanapun, rakan kepada pemandu yang dikenali sebagai Pakcik Shukri itu mendedahkan bahawa rakannya dia mengalami serangan jantung ketika kejadian dan kini sudah meninggal dunia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat