Pahang berjaya raih pelaburan berjumlah RM16.441 bilion ringgit – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang berjaya mengutip hasil negeri berjumlah RM1.164 bilion ringgit setakat 3 Disember 2023.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kutipan telah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion dan berjaya mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

“Pertamanya, prestasi kutipan hasil pendapatan negeri yang konsisten saban tahun sejak lima (5) tahun yang lepas. Sehingga berakhir 3 Disember 2023, kutipan hasil negeri adalah sebanyak 1.164 bilion ringgit berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 1.083 bilion ringgit. Ini bermakna Kerajaan Negeri sudah berjaya mencapai 107.42 peratus sasaran yang ditetapkan,

‘Pencapaian ini adalah amat membanggakan memandangkan Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi 1 bilion ringgit bagi tempoh dua (2) tahun berturut-turut, sekali gus meletakkan negeri Pahang setanding dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Selangor dan Johor. Keduanya, kejayaan menarik pelaburan ke negeri Pahang.

“Pada tahun ini, sehingga 28 November 2023, negeri Pahang telah mengumpul pelaburan berjumlah 16.441 bilion ringgit,” kata Wan Rosdy ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2024, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, ujarnya lagi,Pahang juga telah berjaya meraih pelaburan berjumlah RM16.441 bilion ringgit yang mana terdiri daripada 4.775 bilion ringgit pelaburan domestic dan 11.666 bilion ringgit pelaburan asing.

Jelasnya, statistik pelaburan tersebut adalah petunjuk jelas keyakinan para pelabur terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini.

“Pelaburan tersebut yang terdiri daripada 4.775 bilion ringgit pelaburan domestik serta sebanyak 11.666 bilion ringgit pelaburan asing. Statistik ini adalah petunjuk jelas keyakinan para
pelabur terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini,” katanya.

Selain itu, kata Wan Rosdy lagi, Pahang berjaya mengurang hutang kerajaan negeri daripada 1.03 bilion ringgit pada tahun 2022 kepada 983.49 juta ringgit sehingga 30 November 2023.

Jelasnya lagi, pengurangan sebanyak 4.44 peratus untuk tahun 2023.

“Suka untuk saya kongsikan bahawa kita telah berjaya mengurangkan sebanyak 2.25 bilion ringgit atau 69.59 peratus hutang Kerajaan Negeri yang keseluruhannya berjumlah 3.2 bilion ringgit sepanjang tempoh lima (5) tahun ini.

“Sekiranya prestasi pengurangan hutang ini dapat diteruskan dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, maka negeri Pahang akan kekal konsisten dalam usaha untuk mengurangkan lagi hutang negeri pada masa akan datang, insya-Allah,” ujarnya lagi.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat