Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam Pahang – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri memberikan bantuan khas sebanyak RM2,000 atau satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan sumbangan mereka.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan itu membabitkan lebih 8,000 penjawat awam negeri yang melibatkan peruntukan RM39.6 juta yang akan dibayar pada tahun depan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam yang terus menerus memberi dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah ini,

“Sikap proffesional dan saling menghormati menjadi adunan penting bagi mempastikan negeri Pahang kekal maju dan makmur,

“justeru, sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian masa hadapan, saya mengumumkan satu Bantuan Khas Kewangan kepada anggota perkhidmatan awam kerajaan negeri Pahang,

“Untuk itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji dengan minima RM2,000 kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pahang, bayaran ini akan dikreditkan pada tahun 2024 yang melibatkan keseluruhan peruntukan RM39.6 juta,” umum Wan Rosdy pada Belanjawan Negeri Pahang 2024 dengan tema ‘Pahang Prihatin, Rakyat Makmur’,  sebentar tadi.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat