Zahid sangkal hidap kanser, apatah lagi letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dirinya menghidap kanser dan akan meletak jawatan seperti didakwa oleh seorang blogger baru-baru ini.

Malah, Presiden Umno itu mengesahkan bahawa beliau kini kembali sihat setelah menjalani prosedur pembedahan prostat.

“Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat (baru-baru ini).

“Semua orang lelaki ada prostat dan di depan ini mungkin ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah (saya) fikirkan,” katanya di Putrajaya lapor Utusan pada Isnin.

Jumaat lalu, Zahid kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Pada 19 Nov lepas, anak sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan pada 14 November lalu.

Terdahulu, seorang blogger pada 22 November lalu menerusi sebuah video di Youtube bertajuk ‘Kesihatan Zahid Hamidi: Kerajaan perlu terus terang dan berhenti bohong rakyat’ dengan durasi 16 minit mendakwa Ahmad Zahid menghidap kanser.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat