Sidang DUN ditangguh untuk urusan mengadap Sultan Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat keputusan menangguhkan sidang sehingga Rabu, 9 Disember.

Hal ini dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Menurut beliau, penangguhan sidang DUN itu dilakukan susulan keputusan usul percaya yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan ADUN Perak.
Keputusan itu perlu disembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mohamad Zahir berkata beliau akan menyembah maklum keputusan hari ini dan percaya Menteri Besar juga akan memohon mengadap susulan perkara sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat