Pemuda Pas Sindir UMNO, ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan undi percaya terhadap Menteri Besar Perak hari ini akan menyaksikan pertukaran teraju kerajaan negeri itu.

“Tahniah DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama dengannya.

“Kerajaan Perak bertukar teraju pula,” catatnya ringkas di Facebook, hari ini.

Kenyataan ini dilihat menyindir UMNO yang mengemukakan usul Undi Percaya terhadap Ahmad Faizal melaluiAdun Pengkalan Baru dari UMNO, Datuk Abdul Manaf Hashim.

Abdul Manaf dalam ucapan pembentangan usul jelas memberi alasan bahawa adalah satu keperluan untuk mendapat keabsahan mengenai kedudukan ADUN Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak berikutan hubungan tidak baik dengan parti utama dalam komponen kerajaan negeri iaitu UMNO/Barisan Nasional.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

Untuk rekod komposisi kerusi dalam DUN Perak, UMNO mempunyai kerusi paling banyak iaitu 25, diikuti DAP (16), Amanah sebanyak (5), Bersatu (5), PKR (3), Pas (3) dan Bebas (2).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat