Najib Tanya Apa Jadi Kereta Terbang Nasional?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerbitkan idea pengeluaran kereta terbang nasional, namun sehingga kini ia masih belum direalisasikan.

Dalam catatan Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan “apa sudah jadi dengan kereta terbang nasional pertama dan kedua Malaysia rejim Gagalkrasi PH dahulu?

“Kerajaan PH dahulu upah syarikat Jepun untuk bina kereta terbang pertama. Sepatutnya dilancarkan akhir tahun 2019.
“Kereta terbang nasional kedua pula dibina syarikat Eropah dan sepatutnya siap pada suku ketiga iaitu antara Julai hingga September tahun 2020 ini,” kata Najib.

Beliau tanpa berselindung bertanya sama ada wang peruntukan kerajaan itu telah lesap atau bagaimana.

“Wang sudah hangus ke? Soalnya.

Untuk rekod, pada Disember 2019, Kementerian Pembangunan Usahawan telah menjelaskan bahawa peruntukan RM20 juta yang disediakan Might tiada kaitan dengan pembangunan projek dron dan kereta terbang atau super drone (mobiliti udara) yang dibangunkan oleh Aerodyne Group.

Ia susulan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa agar pihak berkuasa menjalankan audit terhadap pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne.

Kereta terbang nasional dikenali sebagai Super Dron, ia menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat