Zambry, Saarani Calon MB Perak Yang Baharu?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah kalah dalam usul Undi Percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.

Bekas Menteri Besar Perak tersebut dianggap calon terbaik BN kerana masih mempuyai pengaruh dalam kalangan ADUN BN, PAS, Bersatu dan Bebas yang sebelum ini membentuk Kerajaan Perikatan Negeri Perak. Beliau juga dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohd Zambry yang sebelum ini menjadi Menteri Besar antara tahun 2010-2018 turut dijangka akan lebih mudah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan, berbanding calon lain.

ADUN Pangkor tersebut hilang jawatan Menteri Besar Perak dalam Pilihan Raya Umum 2018 walaupun memimpin Barisan Nasional Perak menang 29 kerusi DUN, kurang satu kerusi untuk membentuk kerajaan.

Selain Zambry, BN mungkin menamakan Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Adun Kota Tampan sebagai calon kedua untuk pertimbangan Tuanku Sultan.

Saarani merupakan Pengerusi BN dan UMNO Perak dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO).

Kerajaan Perikatan Nasional mempunyai 32 Adun dengan BN merupakan parti terbesar sebanyak 25, diikuti PPBM (4), PAS (3). Selain itu kerajaan negeri Perak ini turut disokong oleh seorang Adun Gerakan dan tiga bebas menjadikan jumlah keseluruhan 36 orang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat