Pelbagai Usaha diambil Pastikan Pembelajaran MBK Dilaksanakan Secara Berkesan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa pandemik Covid-19 memberi kesan kepada pembelajaran murid, khususnya Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk memenuhi keperluan dan kelangsungan pendidikan MBK melalui PdPR, disamping turut melaksanakan penjajaran kurikulum baharu menerusi beberapa program.

Menurutnya penjajaran kurikulum antara lain mengambil kira keperluan pelajar seperti pengurusan diri dan tingkah laku bagi MBK yang mempunyai masalah pembelajaran serta mobiloti dan orentasi bagi MBK kurang upaya penglihatan.

“KPM telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian, di luar talian dan off-site mengikut kesesuaian guru dan juga murid.

“KPM juga melaksanakan penjajaran kandungan kurikulum mata pelajaran dengan memberi fokus kepada Kandungan Asas. Penjajaran kurikulum ini turut mengambil kira keperluan pembelajaran,” katanya semasa semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu Radzi berkata, bagi memperkasa pelaksanaan kurikulum, KPM juga menambah baik sokongan pembelajaran dengan memperkenalkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU).

“Program ini bertujuan memastikan pembelajaran pemulihan bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi.

“Di samping itu, pelbagai sokongan bagi mengukuh dan memperkayakan penguasaan kandungan mata pelajaran disediakan untuk semua murid termasuk MBK di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Selain itu jelasnya, MBK juga boleh mengikuti pelbagai rancangan TV Pendidikan melalui saluran DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Tutor TV Astro.

“Mereka boleh mengakses pelbagai bahan PdP melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

“KPM turut memantau penyertaan MBK dalam PdPR melalui Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) secara real time.

Sementara itu, KPM memaklumkan bahawa MBK di sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrase (PPKI) akan diberi keutamaan untuk kembali ke sekolah bermula 3 Oktober 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat