Idris Haron dan Tiga Adun Hilang Kepercayaan Kepada Ketua Menteri, Kerajaan Melaka Tumbang

- Advertisement -

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengumumkan penarikan sokongan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Selain Idris, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Dalam sidang media tadi Idris berkata, surat penarikan sokongan berkenaan telah dihantar ke pejabat Ketua Menteri, sebentar tadi.

“Saya bersama empat wakil rakyat ini mengumumkan kami hilang kepercayaan kepaa kepimpinan Sulaiman serta seluruh barisan merajaan negeri hari ini.

“Kami telah menyerahkan surat ketidakpercayaan hari ini, sekali gus kami akan mencari jalan untuk memberikan peluang kepada Kerajaan negeri ini untuk ditubuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Idris, berliau bersama Nor Azman bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan Lembaga Disiplin UMNO atas tindakan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

Dengan penarikan sokongan ini, sah, kerajaan negeri Melaka yang diterajui oleh Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tumbang dan hilang majoriti.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat