UTHM Salur Bantuan Insentif RM100 Kepada Pelajar B40

- Advertisement -

KULAI – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil inisiatif menyalurkan bantuan secara ‘one off’ sebanyak RM100 kepada pelajar kelompok B40.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly berkata, inisiatif itu bertujuan untuk meringankan beban pelajar B40 yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, pihak universiti akan memilih pelajar yang tergolong dalam kelompok B40 termasuk pelajar baharu dan lama.

“UTHM sepatutnya menerima hampir 3,000 pelajar baharu hari ini dan selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengumumkan penangguhan pendaftaran secara fizikal ke atas semua universiti awam (UA) dan swasta (US).

“Setakat ini kita hanya menerima seorang pelajar baharu dari Sarawak yang sudah tiba lebih awal dan kita telah bantu pelajar berkenaan termasuk menempatkannya di asrama.

“Kita juga mengambil ini inisiatif memberi bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM100 kepada pelajar golongan B40, kita akan pilih,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di Terminal Penerbangan Bisnes Senai di sini hari ini.

Wahid berkata, UTHM menyambut baik saranan KPT bagi menangguhkan sesi pendaftaran pelajar secara fizikal seluruh UA dan US atas faktor keselamatan mendahului pendidikan.

Jelasnya, pendidikan dan sesi pembelajaran tidak tertangguh malah berlangsung secara online.

“Saya yakin setiap UA dan US mempunyai cara tersendiri untuk berdepan dengan masalah ini termasuk akan membantu pelajar masing-masing.

“Kita berharap pelajar dan ibu bapa di luar sana memahami situasi semasa, ini adalah masalah negara, kita bekerja untuk masyarakat secara umumnya bukan kepentingan pendidikan sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, Wahid menasihatkan semua pelajar supaya sentiasa menyemak dan melayari laman web serta Facebook universiti bagi mendapatkan maklumat serta arahan terkini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat