UM Beri Pilihan Pelajar Datang Awal Tinggal Di Kampus atau Pulang

MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal...

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Korea Selatan Teruskan Rancangan Vaksin Selesema, Walaupun 25 Mati

SEOUL: Pegawai Korea Selatan hari ini menolak untuk menggantung usaha vaksin inokulasi influenza bermusim, walaupun ada permintaan untuk menghentikannya, termasuk rayuan dari sekumpulan doktor...

KP Kesihatan Jadi Superhero Animasi

PUTRAJAYA – Individu kesayangan rakyat Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah kini diangkat sebagai salah seorang ‘adiwira’ dalam siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy. Jangan silap...

KUALA LUMPUR – Tidak seperti kebiasaannya, suasana di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Malaya (UM) lengang biarpun hari ini merupakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baharu.

Ia susulan penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi kemasukan pelajar sesi akademik 2020/2021, seperti yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Mengikut jadual, pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk kira-kira 4,000 pelajar, bagi mengisi minggu orientasi Week of Welcome (WOW) yang akan berlangsung bermula malam esok (Ahad) hingga Jumaat.

Namun penangguhan itu memaksa pihak universiti menjalankan semua aktiviti secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran, sehingga Disember depan.

Mengambil kira sebahagian pelajar yang sudah tiba awal sebelum notis dikeluarkan, pihak universiti memberi pilihan sama ada untuk terus berada di kampus atau pulang ke rumah.

“Kami faham, ada yang datang dari jauh dan terpaksa teruskan perjalanan. Sebab itu hari ini, kami tetap teruskan acara sambutan pelajar baharu.

“Boleh nampak pelajar-pelajar yang menjadi fasilitator sedikit terkilan kerana minggu ini sepatutnya berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi keadaan memaksa dan kami juga sedih dengan situasi ini.

“Yang masih berada di rumah, tak mengapa… boleh teruskan pendaftaran dan mengikuti semua aktiviti dan pembelajaran secara dalam talian.

“Yang sudah dalam perjalanan, boleh teruskan perjalanan dan kami sentiasa bersedia menerima kehadiran pelajar dan ibu bapa.

“Kalau ibu bapa nak bawa anak balik lepas mendaftar, silakan kerana pilihan di tangan anda,” kata Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, Prof Ir Dr. Abdul Aziz Abdul Raman.

Dr Abdul Aziz juga memaklumkan, ibu bapa dan penjaga tidak perlu risau kerana kebajikan pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus akan sentiasa dijaga dan dititik beratkan.

Bagi pelajar yang sudah tiba awal, majoritinya memilih untuk terus berada di kampus kerana faktor capaian internet yang lebih baik, selain kemudahan lain yang disediakan pihak universiti.

“Ibu bapa nasihatkan saya teruskan saja duduk di sini kerana nak balik Sarawak memerlukan kos yang tinggi.

“Mereka tidak bimbang kerana UM juga menerima kehadiran pelajar, lagipun saya di kampus, bukan di luar,” kata Siti Nur Izzah, 20.

“Saya dapat notis tentang penangguhan sebaik tiba di KLIA. Terus hubungi ibu bapa tetapi mereka nasihatkan teruskan saja di sini,” kata Nura’zirah Roslan, yang mengakui tidak mempunyai perancangan untuk pulang ke kampung halaman di Sarawak buat masa ini.

Bagi Idores Razak, perancangan menghantar anak kembarnya ke UM diteruskan kerana persiapan sudah dilakukan lebih awal.

“Saya bertolak awal pagi tadi dari Batu Pahat. Semalam dah dapat notis tapi datang juga kerana persiapan sudah buat.

“Lagipun saya rasa anak-anak boleh belajar dengan lebih baik bila berada di kampus,” katanya yang mengambil cuti untuk urusan pendaftaran anak-anaknya.

“Tak jangka langsung akan keluar notis penangguhan, jadi datang sahajalah asalkan ikut SOP,” kata Nor Farihani Idores, pelajar kursus Sastera Sejarah.

“Saya lebih suka berada di kampus sebab suasana lebih kondusif. Kalau belajar di rumah, susah nak fokus.

“Lagipun berada di sini, saya boleh kenal ramai kawan dan bersemangat untuk belajar,” kata Nor Farihana Idores, pelajar Sastera Pengajian Antarabangsa dan Strategik.

Penangguhan sesi fizikal atau bersemuka di institut pengajian tinggi dibuat KPT pada Khamis, susulan kenaikan kes positif COVID-19. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

KP Kesihatan Jadi Superhero Animasi

PUTRAJAYA – Individu kesayangan rakyat Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah kini diangkat sebagai salah seorang ‘adiwira’ dalam siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy. Jangan silap...

COVID-19: Kes Harian Sebenar Sabah Diketahui Selepas 6,653 Ujian Tertunggak Selesai

KOTA KINABALU - Jumlah sebenar kes harian COVID-19 di negeri ini hanya akan diketahui selepas 6,653 ujian tertunggak diketahui keputusannya, kata Menteri Perumahan dan...