Kemasukan Pelajar Asing Ditangguhkan Hingga 31 Disember – Imigresen

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Semua kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen ditangguhkan sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, langkah itu selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kelmarin yang telah menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal atau bersemuka pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bagi kemasukan bulan ini.

“Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, KPT telah memutuskan bahawa urusan pendaftaran pelajar IPT hanya boleh dilaksanakan secara dalam talian demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak berikutan pertambahan kes baharu Covid-19 di negara ini.

Kesemua IPT juga dicadangkan untuk menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.

Pada masa sama, pihak kementerian juga telah mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat