770 Pelajar Universiti Northumbria Diuji Positif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seramai 770 pelajar di Universiti Nothumbria, England diuji positif Covid-19 sekembali mereka ke kampus dengan hanya 78 daripada mereka menunjukkan gejala jangkitan virus, lapor Sky News.

Seorang jurucakap universiti itu berkata, mereka telah mengambil tindakan kuarantin ke atas pelajar terbabit selain turut menasihatkan kontak rapat turut melakukannya termasuk membuat ujian jika bergejala.

Walau bagaimanapun, sumber kesihatan awam negara itu menyatakan bahawa angka tersebut mungkin perlu dipertimbangkan semula.

Mereka memberitahu Sky News: “Mereka (universiti) melaporkan lebih banyak kes daripada seluruh wilayah Newcastle.

“Kami tertanya-tanya apakah mereka menghitung semua pelajar yang mengasingkan diri – termasuk kontak rapat – selain daripada kes yang dilaporkan.

“Pasukan kesihatan awam tempatan sedang menyiasat. Lagipun, universiti hanya mendapat data yang dilaporkan sendiri,” ujarnya

Sementara itu, seorang kakitangan universiti mendakwa wujud tahap kegelisahan yang tinggi berkaitan pembelajaran secara bersemuka ketika ini.

Memetik laporan sama, Universiti Glasgow dan Manchester Metropolitan serta lebih 50 universiti lain di United Kingdom (UK) turut mengalami masalah jangkitan Covid-19 ketika pelajar kembali ke kampus universiti.

Jo Grady, Setiausaha Umum Universiti dan Kesatuan Kolej berkata, “sektor universiti dan kerajaan mesti segera menangani krisis kesihatan awam ini secepat mungkin”. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat