KPT Dapat Persetujuan Syarikat Penerbangan Jadualkan Semula Tiket

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Tukar-Tukar Tempat Sembunyi

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian...

COVID-19: Rusia Sahkan Kematian Tertinggi Pernah Dicatatkan

RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan. Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada...

Pembangkang Thailand Kelar Lengan Semasa Sesi Khas Parlimen

BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah berunding dengan syarikat penerbangan bagi memohon pertimbangan penjadualan semula penerbangan pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan ke institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Dalam kenyataan hari ini, KPT memaklumkan bahawa syarikat penerbangan bersetuju menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Dis 2020.

“KPT prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan pelajar, ibu bapa dan masyarakat berikutan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baru ke universiti.

“Justeru KPT mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat penerbangan,” menurut kementerian itu.

Pada 27 Sept lepas, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad dilaporkan mencadangkan supaya IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baru dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka.

Noraini mahu proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.

Mengulas lanjut perkembangan itu, KPT pada masa sama mengalu-alukan keprihatinan dan kepekaan semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar terbabit.

Mengenai pelajar IPT yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, KPT meminta mereka kekal berada di kampus masing-masing.

“Pihak IPT perlu membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT mencadangkan agar pihak pengurusan IPT menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Malaysia Kecam Sekeras-kerasnya Ucapan Benci Dan Fitnah Islam

KUALA LUMPUR - Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka terhadap umat Islam sambil mengutuk keras tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah...

APMM Sahkan Dua Anak Kapal MV Dayang Topaz Meninggal Sunia

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan seorang lagi anak kapal platform MV Dagang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala...