Kekalahan buka ruang PKR muhasabah, perjuangan tidak pilih jalan mudah – Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh menegaskan, setiap ujian mematangkan begitu juga setiap kekalahan membuka ruang untuk bermuhasabah dan setiap cabaran mengingatkan bahawa perjuangan membina sebuah Malaysia yang lebih baik masih belum selesai.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu mengimbau jatuh bangun parti, PKR mengajar bahawa perjuangan ini tidak pernah memilih jalan yang mudah.

“Masih segar dalam ingatan saya detik bersejarah pada 3 Ogos 2003 takkala Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ketika itu, kami bukan sekadar melancarkan parti politik baharu tetapi hasrat besar untuk membina Malaysia yang lebih adil dan berintegriti.

“Saya masih ingat ketika Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Allahyarham Prof Dr Syed Husin Ali dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) serta pejuang awal bersama-sama menggalas harapan membentuk PKR.

“Saya juga bersyukur kerana diberi amanah sebagai Ketua Wanita PKR pertama ketika itu, takkala mengimbau semula perjalanan membina sayap wanita dari utara Perlis hinggalah ke hujung Sabah bukanlah sesuatu yang mudah.

“Setahun selepas PKR ditubuhkan, parti menerima tamparan yang cukup besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen sahaja. Ramai yang merasakan perjuangan ini tidak akan mampu bertahan lama, tetapi kami memilih untuk terus ke depan dan belajar daripada setiap kelemahan hinggalah kami berjaya mencipta sejarah mengagalkan dua pertiga kerusi Parlimen PRU 2008.

“Sepanjang lebih dua dekad ini, kita telah melalui pelbagai ujian dengan keputusan pilihan raya yang kadang kala tidak memihak kepada kita, tidak termasuk tekanan, fitnah dan perpecahan rakan parti. Namun, semua itu tidak pernah mematahkan semangat perjuangan.

“Alhamdulillah, segala pengorbanan akhirnya membuahkan hasil apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Namun menurut Fuziah, PKR juga tidak boleh terus terperangkap dengan nostalgia dan kejayaan lampau.

“Apa yang paling menyentuh hati saya, sepanjang perjalanan ini ramai tokoh dan sahabat seperjuangan telah kembali alam abadi. Namun, nilai dan pengorbanan yang mereka tinggalkan akan terus menjadi warisan buat kita semua.

“Selamat Ulang Tahun PKR. Semoga parti ini terus teguh mempertahankan prinsip reformasi dan keadilan untuk semua,” ujar Fuziah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat