Dr. Jafri Abdul Jalil dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah (Analisa), Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Dr. Jafri Abdul Jalil dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu, berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pelantikan ini bagi menggantikan Dato’ Seri Hj. Zulkifli Long yang bersara wajib pada 2 Ogos 2026, selepas 34 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Dr. Jafri, 58, berkelulusan Ijazah Kedoktoran Perhubungan Antarabangsa dari London School of Economics and Political Science, United Kingdom memiliki pengalaman luas dalam bidang penyelidikan, dasar dan perancangan strategik serta pengoperasian pengurusan bencana selama 32 tahun.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, pernah berkhidmat di Eastern Savage Security Command (ESSCOM), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan yakin bahawa dengan kepakaran, pengalaman dan kewibawaan yang dimiliki, beliau dapat menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan cemerlang, memacu agenda pembangunan negeri,”kata Shamsul Azri.

“Selain itu, mengukuhkan sinergi dan hubungan strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri demi manfaat yang berterusan kepada rakyat, ”katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerusi catatan di media sosial berkata seluruh warga kerjanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat bersara kepada Zulkifli.

“Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau demi kemajuan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, segala sumbangan dan dedikasi beliau menjadi inspirasi serta meninggalkan legasi yang amat bermakna. ‘Semekar budi, sejambak memori, jasa dikenang, legasi disanjung ’.

“Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat