Radzi Jidin mohon sidang khas RCI Tabung Haji dipanjangkan kepada dua hari

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin mengemukakan surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang dijadualkan pada 11 Ogos ini dipanjangkan sekurang-kurangnya kepada dua hari.

Dalam surat bertarikh 3 Ogos 2026 itu, Radzi berkata tempoh sehari yang diperuntukkan ketika ini tidak mencukupi untuk membolehkan Ahli-Ahli Parlimen meneliti serta membahaskan keseluruhan dapatan dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut.

Menurut beliau, laporan RCI Tabung Haji menyentuh kepentingan jutaan pendeposit selain melibatkan isu tadbir urus dan integriti sebuah institusi penting kepada negara, khususnya umat Islam.

“Laporan ini menyentuh kepentingan jutaan pendeposit serta melibatkan isu tadbir urus dan integriti sebuah institusi yang amat penting kepada negara. Oleh itu, Ahli-Ahli Parlimen perlu diberikan peluang seluas-luasnya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, mengemukakan pandangan, mendapatkan penjelasan daripada kerajaan serta meneliti tindakan susulan terhadap setiap syor yang dikemukakan,” katanya dalam surat berkenaan.

Radzi turut menegaskan bahawa pemanjangan tempoh persidangan akan membolehkan lebih ramai Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membahaskan laporan tersebut secara menyeluruh.

Beliau berpandangan perbahasan yang mencukupi akan memperkukuh fungsi Dewan Rakyat sebagai institusi semak dan imbang serta memastikan setiap dapatan, syor dan tindakan susulan kerajaan dapat diteliti secara telus demi kepentingan rakyat dan negara.

Cadangan itu selari dengan gesaan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini turut mencadangkan Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai RCI Tabung Haji dilanjutkan sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi ruang kepada lebih ramai Ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat