PAS Tidak Akan Guna Bai’ah Talak Tiga Lagi Kata Hadi

- Advertisement -

Cyberjaya – Pas tidak akan lagi mengguna pakai kandungan sumpah bai’ah talak tiga kepada calon-calon parti itu yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun parti itu tetap berpegang kepada dasar utamanya iaitu kesetiaan ahli dan pemimpin melalui bai’ah.

“Tidak itu (bai’ah talak tiga) bukan asas bai’ah. Kalau kita baca dalam sejarah Islam, ada benda-benda yang bukan talak tiga (perceraian), sebaliknya kalau (bai’ah) dilanggar, (hukuman atau dendanya) kena pergi haji jalan kaki selama 30 tahun.

“Bai’ah talak tiga sebenarnya berlaku pada suatu ketika khusus untuk negeri Kelantan.

“Ia muncul apabila Pas Kelantan (dalam satu pilihan raya umum) berada dalam keadaan genting sehingga memaksa Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah bai’ah yang boleh menggugurkan talak (tiga) ke atas isteri mereka (calon-calon Pas),” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Abdul Hadi berkata, formula Pas mengekang lompat parti dalam kalangan wakil rakyatnya adalah melalui kaedah tarbiah dengan cara mendidik ahli.

“Kita ambil pendekatan bahawa politik sebahagian daripada agama. Dan agama tidak boleh dipisahkan daripada politik.

“Jadi, bila ada hal sebegini, kita ikatkan melalui bai’ah, janji setia kepada perjuangan. Ini sangat penting. Janji setia inilah yang membentuk wakil rakyat kita yang setia kepada perjuangan,” katanya.

Beliau menyifatkan gejala lompat parti yang `membadai’ segelintir ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri sekarang berpunca daripada masalah jati diri.

“Pada masa sama, masalah konsisten parti itu sendiri dengan dasar. Kalau parti itu mengubah dasar (yang menolak Islam), tak boleh ikut parti itu,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat