“Dalam Warna Merah Jambu, Ada Air Mata Suka Dan Duka Kami”

- Advertisement -

CYBERJAYA – Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mengingatkan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bahawa penubuhan sayap bongsu parti itu bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Shahaniza yang merupakan antara pengasas Puteri UMNO itu berkata demikian sempena ulangtahun ke-19 penubuhan sayap politik wanita muda itu.

“Tak pernah lupa sebenarnya tarikh Puteri UMNO ditubuhkan. Pejam celik dah 19 tahun berlalu. Masih terasa perit jerih menubuhkan Puteri bersama Boss DS Azalina dan kawan-kawan lain waktu itu. Airmata waktu merintis tak mungkin sama dengan yang menerima setelah ianya tumbuh subur.

“Biarpun generasi selepas kami sudah ramai yang lupa atau buat-buat lupa, namun tiada siapa dapat menafikan apa yang telah tertulis dalam sejarah.

“Wahai adik-adik Puteri sekalian, ingatlah dalam warna merah jambu yang menyaluti dirimu itu, ada airmata suka dan duka yang kami tinggalkan. Ada keringat dan semangat yang telah kami tumpahkan. Ada harum kasih dan sayang yang telah kami curahkan,” katanya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Menurut bekas Ketua Puteri UMNO Pahang yang pertama itu, antara pendekatan yang digunakan sepanjang menerajui pergerakan tersebut di peringkat negeri ialah memberi ruang kepada wanita muda untuk bergiat atas pentas politik.

“Waktu awal menjadi Ketua Puteri Penaja 19 tahun yang lalu dan sehinggalah saya melepaskan jawatan pada tahun 2009, saya cenderung untuk memberi ruang kepada wanita muda yang berpelajaran tinggi untuk kedepan dalam politik.

“Ada yang telah berjaya, ada juga yang hanyut lenyap ditelan masa. Ada yang masih ingat dan menghormati, ada juga yang telah lupa diri dan merasakan dia berjaya atas usahanya sendiri,” tegasnya lagi.

Beliau kemudiannya berkata akan sentiasa menjadi pemerhati kepada pergerakan tersebut.

“Diawal penglibatan dengan politik dahulu, seseorang pernah mengingatkan saya, “ibarat naik perahu, jangan sesekali lupa dimana pengkalan kita naik”.

“Ya, setiap titik permulaan dan siapa yang memberi ruang kepada kita, jangan sesekali kita lupa. Kita mungkin kemudiannya tidak lagi sependapat tapi jangan sesekali kita kurang ajar. Orang Pahang kata, tulah nanti jadinya.

“Yang pasti, kami akan setia menjadi pemerhati, menyayangi dan mengasihi biarpun tidak diperlukan lagi. Ingat, hidup ini akan jadi cantik jika kita jadikannya cantik,” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat