Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

- Advertisement -

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda premis perniagaan dan kawasan perumahan perlu didakwa dibawah Akta Hasutan.

EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Dato Sri Shahaniza Shamsuddin berkata tindakan wakil rakyat DAP itu cuba menunjukkan sikap kerajaan negeri yang kononnya rasis dan sangat menyusahkan untuk dilaksanakan.

“kenapa dia marah sangat dengan tulisan jawi, siap cabar di Mahkamah Tinggi lagi? Yu Hui kena tahu yang perlaksanaan penggunaan jawi di premis perniagaan dan perumahan ini adalah dari titah Yang Di Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.

“Dia (Yu Hui) bukan tak tahu yang tulisan jawi itu sebahagian dari Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembangaan. Sengaja dia buat tak tahu, katanya melalui catatan facebook rasmi beliau.

“Dakwa dia dibawah Akta Hasutan, dia cuba hasut orang lain kononnya tulisan jawi ini rasis dan sangat menyusahkan, kata Shahaniza.

“Saya rasa DAP cuba meraih publisiti dan tindakan ini cuba mencabar bukan sahaja kedudukan Bahasa Melayu (yang mana tulisan jawi adalah sebahagian darinya) seperti termaktub dalam Perlembangaan tetapi pada yang sama memperlekehkan titah Yang Di Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah yang mahu tulisan jawi diperkasakan di negeri ini, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat