Masyarakat Dan NGO Desak Hukum Pemilik, Bukan Anjing

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Masyarakat menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik anjing yang tidak bertanggungjawab sehingga meyebabkan seorang wanita cedera parah.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia anjing tersebut sedang menunggu keputusan samada dilupuskan atau sebaliknya.

“Pada 30 Julai 2020 Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika melawat dan menjenguk keberadaan anjing Pitbull di DVS Melaka pada hari kedua selepas kejadian serangan untuk melihat keadaannya. Diakui anjing Pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis.

“Seluruh masyarakat pencinta haiwan menunggu keputusan sama ada nasib anjing ini bakal dilupuskan atau dijadikan ’guard dog’?

“Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing Pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan,” memetik kenyataan di laman Facebook badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Pihak SuaraTV dimaklumkan, pemilik anjing berkenaan telah melarikan dan sehingga kini gagal dikesan setelah berita mengenai serangan tersebut tular di media sosial.

NGO Animal Malaysia sebelum ini turut menyeru masyarakat yang mengenali pemilik anjing tersebut untuk tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Sekiranya di dapati bersalah, pemilik anjing tersebut boleh di dakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda.

Isnin lalu, seorang wanita di­serang seekor anjing belaan penduduk di kawasan perumahan di Tanjong Minyak Perdana, Melaka.

Kejadian pada pukul 9.41 malam itu terjadi semasa mang­sa berusia lingkungan 20-an berjalan bersendirian sambil membawa beg plastik di tangan kirinya.

Apabila tiba di lokasi kejadian, seekor anjing meluru dari arah sebuah rumah yang pagarnya terbuka sebelum menye­rang mangsa.

Menerusi rakaman sistem te­levisyen litar tertutup (CCTV), mangsa terpaksa bergelut de­ngan anjing tersebut lebih seminit.

Seorang penduduk yang menyedari kejadian itu kemudian bertindak membuka pintu pagar rumah dan mengundurkan keretanya.

Anjing terbabit bagaimanapun masih cuba menyerang mangsa memaksa penduduk tersebut mengejarnya dengan kereta.

Haiwan itu dilihat berlari masuk ke kediaman tuannya sebelum beberapa lagi penduduk dilihat keluar untuk membantu mangsa.

Difahamkan, mangsa selamat namun mengalami kecederaan parah di kaki kiri dan tangan kanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat