Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

- Advertisement -

Cyberjaya – Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari ini.

Jumaat lalu, SPR mengumumkan peletakan jawatan Ramlan sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa Khamis.

Kenyataan ringkas Unit Komunikasi Korporat SPR itu menyatakan peletakan jawatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ramlan menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah bertugas dalam pelbagai kapasiti di kedutaan Malaysia di Jakarta, Belanda dan Zagreb, Croatia.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penolong pesuruhjaya tinggi ke Singapura pada 2001, duta ke Bosnia Herzegovina pada 2004 dan duta ke Republik Korea pada 2009.

Pada 2015 beliau dilantik sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, menurut laporan itu lagi.

Beliau dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar pada 2019.

Ramlan berkata, beliau akan bekerja rapat dengan pengurusan dan pegawai Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, industri pelancongan dan media dalam usaha memajukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong di Asia Tenggara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat