Conteng Mural: Polis Akan Guna Khidmat Profesional

- Advertisement -

SEPANG – Polis akan menggunakan khidmat profesional bagi mengenal pasti suspek yang dirakam dalam insiden menconteng mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata, kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang rendah di tempat kejadian, menyukarkan polis mengenal pasti suspek.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan, dan ia mengambil masa agak lama kerana rakaman CCTV di kawasan berkenaan tidak banyak, selain keadaan persekitaran semasa insiden itu gelap.

“Bila kita zoom (rakaman CCTV), gambar tu pecah, jadi kita akan hantar (rakaman) kepada pihak profesional untuk mendapatkan imej lebih jelas,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas ketua polis daerah KLIA dan timbalan ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor hari ini.

Majlis hari ini menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor Imran Abdul Rahman kini diberi tanggungjawab menggalas jawatan ketua polis KLIA, manakala penyandang Zulkifli Adamshah berpindah mengisi jawatan ditinggalkan Imran, berkuat kuasa hari ini.

Pada 20 Julai lepas, 1 rakaman CCTV memaparkan kelibat 2 wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan, menjadi tular di media sosial.

Susulan perbuatan vandalisme itu, Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil tindakan memadamkan semua mural dengan mengecat semula dinding itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat