PRU15 Diadakan Serentak Dengan PRN Sabah, Sarawak Kata Sumber

MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal...

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Korea Selatan Teruskan Rancangan Vaksin Selesema, Walaupun 25 Mati

SEOUL: Pegawai Korea Selatan hari ini menolak untuk menggantung usaha vaksin inokulasi influenza bermusim, walaupun ada permintaan untuk menghentikannya, termasuk rayuan dari sekumpulan doktor...

KP Kesihatan Jadi Superhero Animasi

PUTRAJAYA – Individu kesayangan rakyat Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah kini diangkat sebagai salah seorang ‘adiwira’ dalam siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy. Jangan silap...

Cyberjaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat dengan UMNO yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, ia bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

“Pelbagai kemungkinan sedang di ambil kira dan perbincangan mengenainya juga telah dijalankan dengan parti-parti politik yang pro kerajaan.

“Antara yang dibincangkan sebelum ini, kebolehupayaan SPR mengendalikan PRU15 sekaligus mengawal penularan wabak Covid19,” katanya.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu turut berkata keputusan untuk mengadakan PRU15 itu telah berada di peringkat akhir.

“Insyallah sekiranya semua berjalan dengan lancar, PM akan mengadap YDP Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen,” katanya lagi.

Untuk rekod PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.

PRN Sarawak sebelum ini diadakan setahun lebih awal daripada tarikh penggal dewan undangan negerinya berakhir.

Ini kerana sekiranya berlaku sedikit perubahan sokongan ahli parlimen, kerajaan pimpinan Muhyiddin bakal tumbang pada bila-bila.

Kegagalan mendapatkan undi bagi meluluskan sebarang rang undang-undang kerajaan di Dewan Rakyat juga akan memberi isyarat bahawa Muhyiddin tidak lagi menikmati sokongan majoriti.

Beberapa penganalisa politik sebelum ini turut menyifatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai ‘dihujung tanduk’ kerana hanya mempunyai majoriti dua kerusi parlimen.

Menurut Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Sauffiyan Hassan, indikator utama yang menunjukkan PRU15 semakin jelas kelihatan apabila kerajaan berjaya mengawal ancaman wabak Covid-19.

Beliau berkata, jika prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang sebelum ini dapat dipatuhi dan berkesan, sudah pasti SOP sama akan digunakan pada PRU15. – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Saya Dah Lali Tengok Tular Senarai Kabinet Mainan Pihak Tertentu – Noh Omar

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menafikan senarai barisan Kabinet baharu yang tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Noh, senarai...

Jangkitan Kluster Tabligh & Tahanan Imigresen Berasal Dari Indonesia – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Penjujukan genom terhadap sampel diambil daripada kalangan pesakit COVID-19 membabitkan Kluster Tabligh, mengesahkan andaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini bahawa ia...

Ekonomi Malaysia Kini Dalam Proses Pemulihan – Dr Mohd Uzir

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia terus berada dalam trend pemulihan berdasarkan kepada indeks pelopor (IP) yang merupakan alat digunakan untuk menjangka kenaikan dan penurunan...