Polis Serbu Pejabat Al Jazeera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis di Raja Malaysia (PDRM) pagi hari ini dilaporkan menyerbu pejabat akhbar atas talian Al Jazeera di G Tower, Jalan Tun Razak berhubung penerbitan dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mengkritik cara kerajaan Malaysia menangani isu pendatang ketika pandemik Covid-19.

Malaysiakini melaporkan, pihak polis telah merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam proses penerbitan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat berkenaan.

Sementara itu, Portal The Malaysian Insight melaporkan, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan serbuan itu berlaku sekitar jam 2 petang.

Turut dilaporkan, sekurang-kurangnya dua anggota beruniform dan lima berpakaian preman telah menyerbu pejabat agensi penyiaran antarabangsa itu di Tingkat 27, G Tower di Kuala Lumpur, seterusnya melakukan rampasan.

Berita lanjur akan menyusul..

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat