Bimbang Covid-19, Guru Di Amerika Tulis Orbituari Sendiri

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Bimbang dengan situasi pandemik Covid-19 yang semakin memburuk di Amerika Syarikat disebalik arahan pembukaan semula sekolah, satu gerakan menulis orbituari sendiri oleh para guru telah dimulakan di negara berkenaan.

Gerakan ini untuk mendesak pentadbiran Donald Trump agar membatalkan arahan tersebut.

Bercakap dalam rancangan Good Morning America, guru Kelas Tujuh Kerry Finley, yang tinggal di Iowa City, berkata: “Saya sangat takut, Adakah kita akan memakai scrub? Adakah mereka akan mengubah kod pakaian?

“Jika kita akan melakukan ini (membuka semula sekolah), kita harus melakukan ini seperti yang dilakukan oleh hospital. Kita memerlukan latihan. Kita tidak boleh mengatakan, ‘OK, kembali (begitu sahaja).'”

Dan dalam usaha untuk menarik perhatian pada masalah ini, guru seni, Jeremy Dumkrieger adalah orang pertama yang menghasilkan orbituari (makluman kematian) untuk dirinya yang ditulis sendiri.

Ia berbunyi seperti berikut:-

“Saya, Jeremy Dumkrieger, 43, meninggal pada [masukkan Tarikh di sini] kerana komplikasi yang timbul akibat COVID-19. Dia mati seorang diri, terpencil dari keluarga yang begitu bermaknw baginya.

“Dia berkahwin dengan Tisha, yang jika kakinya terasa lebih hangat pasti sempurna untuknya. Dia menemuinya di Perkins Restaurant dan kemudian memintanya untuk berkahwin, dengan cincin di tangannya yang dikelilingi oleh berpuluh-puluh cahaya.

“Mereka berkongsi cinta John Mayer dan duduk dekat semasa di panggung wayang. Dia memuja sup hamburgernya.

“Satu-satunya penyesalan dalam hidupnya ialah tidak bertemu dengannya lebih awal, kaki beku dan semuanya.”

Melalui artikel dalam talian yang sama, Dumkrieger meminta para guru di negeri berkenaan untuk mengirim orbituari masing-masing kepada Gabenor Kimberly Reynolds, yang telah mengarahkan agar sekolah dibuka untuk mengutamakan pembelajaran secara langsung.

Tetapi itu bukan keputusan yang diterima baik oleh para guru sekolah di negeri berkenaan.

“Gabenor tidak memberikan sebarang panduan,” kata Dumkrieger kepada Good Morning America. “” Itu bermaksud setiap daerah di Iowa akan mempunyai rancangan (pencegahan) yang sama sekali berbeza. Ada yang akan memakai topeng, ada yang tidak.

“Saya ingin melihat (pemakaian) topeng mukapada semua orang. Kami menginginkan untuk kembali semula ke sekolah dengan selamat, yang bermaksud perancangan pencegahan yang seragam dan baik.” – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat