Orang Cina Tak Bodoh, Mereka Jaga Air Kaum Sendiri

- Advertisement -

Oleh: Su Han Wen Shu

Mungkin ada yang kata, kenapa tiada kes lelaki Cina atau India curang atau kahwin dua? Kenapa semua lelaki Melayu sahaja yang miang? Kenapa orang Cina kalau berniaga, tiada kes saling dengki atau santau?

Aku tak tahu pasal kaum India, tapi kalau pasal kaum Cina, aku boleh cerita serba sedikit; sebab aku keluar dengan ayah aku dan kawan-kawan Cina dia, macam-macam cerita aku tahu:

1. Kes peniaga Cina yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun; isteri dia setia dari perniagaan suami masih kecil, sampailah aset dia RM berjuta-juta; anak dah ada 3 orang.

Jumpa secretary cantik di pejabat, ceraikan isteri yang dah beranak 3 dan kahwin dengan secretary. Ini perkara biasa.

2. Cina yang bergaduh dekat kelab malam pasal perempuan, pecah botol arak sebab bergaduh dan saling belasah sampai mati. Kes begini pun banyak.

3. Siapa cakap Cina sama Cina berniaga tak ada tipu?

Banyak kes kawan-kawan sesama Cina berniaga secara partnership atau buka syarikat sendirian berhad di mana masing-masing jadi pemegang saham, lepas itu rakan kongsi Cina juga yang bawa lari dana syarikat; songlap duit.

4. Kes Cina berniaga dengan kawan-kawan Cina, tapi sama-sama rugi sampai bankrap syarikat.

Lepas itu kawan yang tak puas hati, minum sampai mabuk lepas itu pergi depan rumah kawan-kawan lama dia, maki hamun dengan cakap:

“Sebab kaulah kami semua rugi! Pulangkan balik duit syarikat!”

5. Siapa cakap Cina berniaga tak ada saling mendengki?

Kes dua perniagaan Cina buat import-export perabot. Lepas itu salah satu syarikat Cina sabotaj dokumen kastam syarikat pesaing Cina juga, sampai berbulan-bulan perabot mereka kena tahan dekat kastam;

6. Kes orang lelaki Cina tak bekerja dan harapkan duit isteri/girlfriend juga ramai. Orang-orang Cina gelar jenis lelaki begini sebagai (吃软饭); jenis lelaki yang makan duit bini/makan duit perempuan.

Dan macam-macam lagi kes yang kau akan tahu dan akan dengar kalau kau faham Bahasa Cina dan sering bergaul dengan mereka.

Tapi kenapa kes-kes di kalangan bangsa Cina sebegini jarang atau boleh dikatakan, tak pernah langsung masuk berita atau akhbar Malaysia?

Ini sebab kaum Cina Malaysia tak bodoh; mereka tak senang-senang sebarkan aib masing-masing untuk diketahui seluruh dunia.

Cuba tengok, ada ke portal gosip media Bahasa Cina seperti Siakap Keli atau Oh My Media atau semua merepek meraban itu?

Akhbar Cina pun tak siarkan kisah-kisah sebegini; mereka jaga aib kaum sesama mereka.

Bukan macam akhar tabloid sampah yang kes kahwin cerai, kes kahwin dua, cerita dalam kain, semua sibuk nak disebarkan atau diwar-warkan.

Sekian.

 

Nota: Tulisan penulis diambil dari laman Facebook beliau dan pandangannya tidak semestinya mewakili pendirian SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat