PAS mungkin pilih jalan undang-undang dengan dua tawaran projek diumum Zahid di Sungai Bakap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tawaran projek penubuhan segera Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Sungai Bakap dan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) akan diteruskan pembinaannya yang diumum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai rasuah terang-terangan.

PAS sekali gus mengecam tindakan Presiden Umno itu yang dianggap sebagai umpan projek dengan tujuan mempengaruhi kecenderungan pengundi.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, parti Islam itu memandang serius tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno yang menjanjikan pelaksanaan dua projek di DUN Sungai Bakap Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 6 Julai ini.

“Dua projek yang dijanjikan itu ialah mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan pembinaan sekolah tamil di Sungai Bakap.

“Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu sidang media ketika hadir ke Majlis Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil, Sungai Bakap pada 2 Julai 2024.

“Justeru, PAS menyifatkan kenyataan ini sebagai satu rasuah terang-terangan dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi sekali gus sewajarnya diisytiharkan sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Menurut Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, tindakan ini juga merupakan satu tindakan terdesak oleh pihak kerajaan terutamanya PH dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihanraya kecil ini sekalipun terpaksa menodai lunas-lunas demokrasi.

“PAS tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba mencabuli undang-undang pilihan raya terutama menawarkan apa-apa tawaran dan projek dengan tujuan mempengaruhi pengundi,” tegas beliau.

Terdahulu, Zahid dilaporkan tekad membantu membawa pembangunan di Sungai Bakap sekiranya calon PH, Dr. Joohari Ariffin diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Sabtu ini.

Beliau berkata, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan ditubuhkan segera di Sungai Bakap manakala pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) akan diteruskan pembinaannya.

“PAWE perlu dibawa segera ke Sungai Bakap supaya warga emas boleh dibantu.

“Kedua, sekolah tamil yang terbengkalai, saya nak cadangkan dan bisik kat Fadhlina (Menteri Pendidikan), cadangan ini harap dapat dilaksanakan dan permintaan kaum India di Sungai Bakap dapat dilaksanakan sekiranya Cikgu Joo jadi ADUN Sungai Bakap.

“Dua cadangan ini cukup penting dan saya berpandangan bahawa cadangan ini harus dilaksanakan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat