RM384.5 juta nilai alat ganti TLDM tidak diguna, sebahagian tak boleh guna lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kira-kira RM384.5 juta nilai alat ganti yang diperoleh untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak digunakan dengan sebahagian daripadanya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan, depoh Armada Barat TLDM menempatkan 1.62 juta alat ganti bernilai RM381.69 juta, manakala depoh Armada Timur menyimpan sebanyak 6,040 alat ganti bernilai RM2.8 juta.

Pertukaran peralatan di atas kapal TLDM menunjukkan sebahagian alat ganti tidak boleh digunakan lagi.

LKAN itu juga mendapati skrin panel (panel monitor) Automated Warehouse dan Retrieval System Eastern Armada rosak hingga menjejaskan penggunaan alat ganti.

Dalam maklum balas kepada teguran LKAN, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, pihaknya mengambil langkah dengan memperkenalkan inisiatif dan proses baharu untuk mengelakkan isu itu berulang.

Katanya, perolehan baharu termasuk alat ganti untuk kapal akan dilakukan melalui jawatankuasa dan lembaga yang dipengerusikan oleh Ketua dan Timbalan Ketua TLDM.

Dalam beberapa kes, seperti alat ganti kit rutin W6 untuk kapal rondaan, MINDEF berkata, TLDM laut tidak boleh menggunakan bahagian itu berikutan kapal sudah diberikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat