US Sumbang 1 juta Dos Vaksin Pfizer Secara Percuma Kepada Malaysia – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata kerajaan Amerika Syarikat telah menyumbang 1 juta dos vaksin Pzifer kepada Malaysia.

Kata Hshammuddin menerusi catatan Facebooknya, sumbangan vaksin Pzifer yang diterima ini adalah percuma.

“Amerika Syarikat sumbang 1 juta dos vaksin Pfizer secara percuma kepada Malaysia yang mana ia bakal tiba di tanah air esok.

“Terima kasih kepada rakan sejawat saya, TYT Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik #COVID19 melanda tahun lalu,” ujar beliau.

Disamping itu kata Hishammuddin lagi, beliau dan rakan sejawatnnya Antony Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia  Amerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik.

Terdahulu pada 2 Julai lepas, Malaysia juga telah menerima sumbangan 1 juta dos vaksin AstraZeneca secara percuma dari negara Jepun.

sumbangan kemanusiaan ini adalah bukti keakraban antara kedua-dua negara Malaysia-Jepun.

Ujar Hishammuddin, beliau amat berterima kasih kepada rakan sejawatnya TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik ini yang menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia.

1 Juta Dos Vaksin AstraZeneca Sumbangan Jepun Selamat Tiba Di KL

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat