KPM Beri Lanjutan Kontrak Untuk Pengusaha Berkaitan Sekolah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan beberapa insiatif Covid-19 bagi mengurangkan bebanan pengusaha pelbagai perniagaan dan perkhidmatan di sekolah berikutan penutupan sekolah dalam tempoh setahun kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM memberi pengecualian sewaan kantin dan premis/ruang kantin (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) bagi tempoh 6 bulan mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021.

Selain daripada itu, KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah bawah KPM secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

Bagi kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) pula, KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.

Bagaimanapun, KPM turut mengingatkan kontraktor Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah dan institusi bawah KPM agar tidak memotong memotong gaji pekerja KBK kerana pembayaran kepada kontraktor akan dibuat sepenuhnya sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.

“KPM yakin inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan penyedia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat