MT Umno Cadang Istana Guna Akta Darurat Jika Perlu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mencadangkan agar Majlis Raja-raja menggunakan Akta Darurat sekiranya perlu, bagi menulis semula Perlembagaan Negara sebagai jalan memperkasa kuasa institusi itu di dalam Perlembagaan Negara.

“Sekiranya terdapat gerakan tertentu dan berkeras menolak Raja-Raja Melayu sehingga ke dinding, dengan rasa rendah diri Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara termasuk memperkasakan kuasa Raja – Raja Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Sekiranya Akta Darurat perlu digunakan untuk menulis semula Perlembagaan Negara, ini adalah masa sesuai sebelum menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat cadangan tersebut, sebagai respon kepada titah sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Armarhum Sultan Iskandar yang mahu membubarkan Dewan Undngan Negeri Johor sekiranya berlaku perebutan kuasa dinkalngan wakil rakyat negeri itu.

Menurut Razlan, beliau bersetuju dengan titah Sultan Johor itu ekoran kerakusan pihak pembangkang yang tanpa henti bermain politik mhingga boleh menggugat kestabilan kerajaan negeri itu.

“Ditambah lagi dengan sikap segelintir pentaksub PH yang mempersoalkan kuasa DYMM Sultan Johor dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor.

“Ingin saya ingatkan mereka serta pemimpin parti pembangkang supaya jangan mulakan sikap kurang ajar dalam mempersoalkan kuasa – kuasa DYMM Sultan Johor,” tegas Razlan.

Mengulas lanjut, Razlan turut mengingatkan bahawa semasa PH berkuasa selama 22 bulan, kuasa dan kepentingan Raja-raja Melayu ketika itu secara jelas diketepikan begitu sahaja.

Ininterbukti apabila kerajaan PH mengumumkan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan menandatangani Statut Rom di mana ianya adalah satu tindakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, media melaporkan bahasa Istana Johir tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN negeri itu jika perebutan kuasa terus berlaku di kalangan eakil-wakil rakyat di negeri itu.

Ia sebagai maklum balas kepada ura-ura pihak pembangkang negeri itu yang mahu membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, seterusnya mahu mengambil alih kerajaan negeri.

Sehubungan itu, razlanenambah, jika diteliti dari sudut undang – undang tubuh Negeri Johor, Perkara 23 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor menyebut DYMM Sultan Johor mempunyai kuasa untuk memulakan dan menangguhkan sidang DUN atas nasihat.

Begitu juga dengan Perkara 23(2) yang menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan pada peringkat pertengahan walaupun sidang DUN belum berakhir tetapi mesti atas nasihat dan ini tertakluk kepada Perkara 7(1).

Seterusnya, Perkara 7(2)(b) pula menyebut bahawa DYMM Sultan Johor boleh bertindak atas budi bicaranya untuk tidak memberi perkenan baginda dalam membubarkan DUN.

“Perkara paling pokok di sini adalah perkataan ‘Budi Bicara’ di mana jika DYMM Sultan Johor berkehendakkan bahawa adalah demi kebaikan rakyat dan negeri Johor supaya DUN dibubarkan atas nasihat Menteri Besar maka tindakan membubarkan DUN boleh dilaksanakan.

“Semua pihak harus sedar bahawa negara kini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran semasa dan mendatang seperti pandemik Covid-19, kes pengangguran yang tinggi serta kelembapan ekonomi akibat harga minyak dunia yang merosot.

“Tidak dinafikan, saban hari ada saja gerakan yang dilakukan pelbagai pihak bagi melemahkan Institusi Di Raja di sini.

“Umum ketahui bahawa PH yang memulakan dan membenarkan perkara ini berlaku sewenang-wenangnya ketika mereka di tampuk pemerintahan dengan menutup sebelah mata,” tegas Razlan.

SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat