Maruah, harga diri Umno sudah pulih kembali selepas berkawan dengan DAP? – Lian Ker ulas ‘Aku Bersama Umno’

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, jika dahulu DAP menjaja Asalkan Bukan Umno (ABU) namun kini telah bertukar kepada Aku Bersama Umno (ABU).

Dalam catatan di Facebooknya, Lian Ker berkata, neraka negara henti apabila DAP jadikan Asal Bukan Umno kepada Aku Bersama Umno.

“Tiba-tiba Umno dan pemimpin tidak ada salah-silap…salah-silap bila (Datuk Seri) Najib Razak sahaja…salah-silap bila Umno tak kongsi kuasa dengan DAP sahaja.

“Sekarang maruah dan harga diri Umno sudah pulih kembali…walaupun bekas Presiden Umno masih dikurung dan yang lain-lain terlepas, dilepas dan melepas,” bidas Lian Ker.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat