Pelakon, penyanyi lagenda Jalil Hamid meninggal dalam tidur

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid disahkan meninggal dunia dalam tidur selepas bertarung dengan masalah jantung.

Berita tersebut disahkan anak perempuannya, Afiqah Jalil yang mendapati ayahnya tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Betul (meninggal dunia). Dia meninggal dalam tidur. Kami sedar pada pukul 12.30.

“Dia dah solat subuh dan nak rehat. Ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” menurut Kosmo.

Pada masa sama, Afiqah memaklumkan jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas Solat Asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21.

“Solat jenazah akan diadakan selepas asar di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam selepas asar,” ujarnya.

Sebelum ini, mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) selepas mengalami masalah kesihatan jantung dan hilang selera makan.

Terdahulu, menerusi satu temu bual, arwah pernah berkongsi rasa kecewa apabila hasrat menunaikan ibadah haji pada tahun lalu tidak kesampaian berikutan masalah kesihatan.

Menurut Allahyarham, dia menyimpat niat sejak 2008 untuk menerima panggilan daripada Tabung Haji namun gagal memenuhi syarat kesihatan ditetapkan kerana masalah jantung yang dihadapinya.

Sepanjang karier, Allahyarham cukup terkenal dengan lagu lagu Ayam dan Raya.

Menerusi lakonan pula, Jalil pernah membintangi filem Wanita Bertudung Hitam, Baginda, Zombi Kampung Pisang dan Bisik Pada Langit serta puluhan drama sejak 1980-an.

Bakat lakonannya mencuri tumpuan sehingga memenangi beberapa anugerah seperti Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Baginda) dalam Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Calon Syurga) di Anugerah Skrin 2016.

Anak jati Masai, Johor itu juga berjaya dinobatkan sebagai pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi Bisik Pada Langit pada Anugerah Telenovela 2018.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat