5G: Keputusan Dwi rangkaian borong demi Huawei?

- Advertisement -

Sejak setahun tahun lalu, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah melobi pembukaan entiti kedua bagi menawarkan infra spektrum 5G negara yang bertujuan menyaingi syarikat berkaitan kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB).

Walaupun pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menolak lobi ini atas dasar menjaga kepentingan rakyat di seluruh negara, namun lobi tersebut telah berjaya dengan pentadbiran baharu yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2020, pentadbiran pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2019, semasa Gobind Singh Deo, untuk melaksanakan spektrum 5G secara pemborong tunggal.

Semalam Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan peralihan daripada pemborong rangkaian tunggal 5G kepada pemborong dwi rangkaian; yang akan bermula apabila liputan 5G yang sedang dilaksana DNB mencapai tahap 80% kawasan berpenduduk negara.

Sasaran itu dijangka dicapai pada hujung tahun ini, bermakna pemborong kedua bakal dilantik seawal Januari 2024, sekaligus mengesahkan laporan Reuters sebelum ini.

Fahmi juga menegaskan yang Malaysia akan “menghormati” kontrak DNB bersama Ericsson untuk melaksanakan rangkaian 5G pertama, tetapi untuk rangkaian kedua ia akan melibatkan “entiti B” dan “pasaran bebas”.

Di sebalik ingatan Kesatuan Eropah mengenai risiko keselamatan terhadap peralatan 5G Huawei, Fahmi Fadzil menegaskan kerajaan akan mengambil sikap berkecuali terhadap perkara ini.

Ditanya tentang kemungkinan Huawei akan turut melobi untuk terlibat dalam pelaksanaan 5G di Malaysia, Fahmi berkata beliau tidak tahu wujudnya rundingan sebegitu.

“Tetapi terpulang kepada entiti B dan bila mereka mahu memulakan pelaksanaan (rangkaian kedua) untuk mempertimbangkan perkara ini,” katanya.

“Kerajaan berkecuali dalam perkara ini. Kami tidak mempertimbangkannya kerana mereka (entiti B) secara semula jadinya bersifat komersial tetapi jika kita ambil kira prinsip pasaran bebas, saya percaya yang terbaik akan menang,” tambahnya.

Peralihan kepada dwi rangkaian ini juga disifatkan Fahmi akan menyelesaikan isu tuduhan monopoli DNB dalam pelaksanaan 5G negara.

Sebelum ini, duta Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dalam sepucuk surat dihantar kerajaan memberi amaran tentang risiko melibatkan syarikat China termasuk Huawei dalam pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Fahmi bagaimanapun menegaskan yang Malaysia mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan urusan dalaman sendiri.

“Penting untuk ditegaskan, sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia dan kerajaan Malaysia mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan dasar dalam negara kita sendiri tanpa kacau ganggu dan keterlibatan mana-mana pihak lain.

“Tetapi saya percaya sebarang keputusan yang dibuat pihak kerajaan seperti telah kita lakukan hari ini bukan saja mendatangkan manfaat rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga satu keadaan yang harmoni dengan isu antarabangsa,” katanya.

Untuk rekod, entiti B yang akan melaksanakan rangkaian 5G kedua akan terdiri daripada syarikat-syarikat telekomunikasi. Maxis syarikat telko terbesar negara menangguhkan penglibatan untuk terlibat dalam rangkaian 5G dilaksana DNB. Syarikat itu mempunyai kerjasama strategik jangka panjang dengan Huawei. –

Jawapan Fahmi secara tersirat menunjukkan kemungkinan Huawei memainkan peranan penting di sebalik pelaksanaan dasar baharu ini.

Lebih membimbangkan jawapan Fahmi bahawa Malaysia adalah negara bebas yang yang bersikap berkecuali dalam hal ini dan memberi hak kepada pasaran bebas menentukan pemilihan teknologi 5G.

Mungkin menteri kurang arif bahawa teknologi 5G mempunyai beberapa inovasi seperti real time video yang boleh memberi kesan kepada keselamatan negara.

Justeru walaupun kita tidak menuduh Huawei terbabit dalam pengintipan melalui teknologi ini, namun kerajaan perlu mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk memantau dan mengawal selia bukannya lepas bebas. SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat