Usaha terancang tanam kebencian terhadap kerajaan PN – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan ada usaha terancang untuk menanam kebencian kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, ini kerana banyak berita-berita palsu yang disebarkan secara meluas terutamanya ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Hal demikian Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.

“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya.

“Sebab itu kerajaan memandang serius perkara ini dan satu ‘committee’ telah dibentuk di peringkat menteri, kita akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu.

“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” katanya memetik MalaysiaGazette di Putrajaya, semalam.

Annuar mengulas demikian ketika ditanya pemberita mengenai amalan kerajaan yang disifatkan mengamalkan dua darjat lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan pandemik Covid-19. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat